CARA UNTUK MENJADI PEGUAM SYARIE- LALUAN KERJAYA PEGUAM SYARIE
Assalamualaikum semua pembaca.
Hari ini, suka untuk saya berkongsi berkenaan dengan LALUAN NAK JADI Peguam Syarie. Haa..bagi adik-adik yang tanya or minat nak jadi peguam syarie, meh sini akak cerita dekat korang.Ada adik-adik yang baru habis SPM yang berminat nak jadi peguam,tapi tak tahu nak sambung bidang apa kan...
Jom kita berkenalan sikit ya. Selalunya kita dengar nama peguam sejak kecil kan. Dari sekolah rendah, kalau cikgu atau kawan-kawan tanya, kita ada dengar kawan kita beritahu dia nak jadi peguam aka lawyer.Tapi, bila meningkat dewasa, barulah saya tahu yang peguam ada pelbagai jenis. Seperti mana kerjaya doktor juga ada macam-macam jenis doktor kan, ada doktor gigi, doktor sakit puan, doktor pakar mata,jantung dan banyak lagi.
Di Malaysia, pekerjaan peguam terbahagi kepada dua jenis. 1)Peguam Sivil 2)Peguam Syarie
Tapi, saya nak share apa itu Peguam Syarie. mesti ada antara kalian tertanya-tanya apakah qualification (kelayakan) nak jadi peguam syarie kan..saya akan share jalan nak jadi peguam syarie start dari lepas SPM, kena sambung course apa ya..
1)Sambung Course/Bidang Syariah-Syariah dan Undang-Undang, Syariah Fiqh,Fiqh dan Fatwa
-antara IPTA yang menawarkan bidang syariah adalah, UKM,USIM,UIA,UM,UNISHAMS
-IPTS yang menawarkan bidang syariah dan undang-undang adalah KUIS,USAS
-selain itu, universiti luar negara yang menawarkan bidang syariah untuk menjadi peguam syarie adalah, negara JORDAN,MESIR,ARAB SAUDI.Pastikan pilih bidang Syariah Fiqh dan Usul Fiqh/ Syariah dan Undang-Undang ya...
2)Sambung DIJAP/DAIJ/DLSA (Diploma Lanjutan Guaman dan Kehakiman) -tempoh masa tak lebih 2tahun
-lepas habis degree selama 4 tahun, kalian bolehlah apply untuk sambung diploma guaman ni selama setahun or setahun setengah.antara universiti yang tawarkan adalah DIJAP USIM,DAIJ UIA,UNISHAMS,UKM,UITM.sebab apa kena sambung? diploma ni akan belajar lagi details berkenaan dengan guaman dan kehakiman.so, cntohnya bagi yang belajar time degree syariah fiqh, pastinya tak ada asas lagi berkaitan dengan undang-udang syariah Malaysia dan sistem kehakiman di Malaysia kan.bila belajar diploma ni,barulah dapat tahu tentang sistem undang-undang syariah di negara kita...
3)buat CHAMBERING di firma guaman swasta
-antara kelayakan nak jadi peguam syarie, mestilah menjalani latihan dalam kamar(chambering) selama tempoh 9 bulan..tapi setiap negeri berlainan syarat chambering..ada yang 6 bulan, 9 bulan dan sebagainya. boleh rujuk balik setiap negeri punya syarat chambering...
-by the way, sewaktu sambung diploma guaman, boleh juga belajar sambil ber "chambering''.. sebab kelas diploma cuma time weekend sahaja...selalunya 2 hari sahaja...so, bila buat serentak, akan save time la..ramai jugak kawan-kawan saya yang chambering sambil belajar diploma guaman. Kebaikannya, kita akan lebih mudah faham dan nampak flow undang-undang syariah dengan lebih jelas. waktu chambering, kalian akan belajar banyak perkara, sebab lebih kepada praktikal.kalau belajar diploma guaman, korang boleh kaitkan ilmu diploma korang dengan chambering....bagi saya, saya sarankan belajar dijap/daij sambil ber chambering sebab save time..tak perlu nak tunggu habis dijap baru korang nak cari firm untuk apply chambering...sebab nak dapatkan firm untuk chambering pun ambil masa jugak..
4)apply tauliah peguam syarie di negeri yang hendak beramal
-lepas habis chambering, korang bolehla apply tauliah untuk jadi peguam syarie...dan tunggu nama korang dipanggil untuk sesi menjawab peperiksaan atau iv...ada negeri yang ada exam dan iv, ada negeri yang ada iv sahaja, ada negeri yang ada exam sahaja...soooo gudluck buat adik-adik dan korang yang tengah tunggu panggilan exam n iv ya...
suka saya nak kongsi, kelayakan nak jadi peguam syarie yang terdapat di dalam undang-undang:
1)beragama ISLAM
2)warganegara MALAYSIA
3)berkelakuan baik,tidak mempunyai kesalahan jenayah
4)tidak pernah dipecat
5)mempunyai IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH dari universiti yang diiktiraf
6)lulus ujian bertulis/temuduga
Semoga bermanfaat ya...Jumpa lagi di penulisan saya yang seterusnya...:)
Coretan Syarie Aisyah Fuad
Kalau ijazah sarjana muda syariah dan pentadbiran kehakiman bileh terus apply tauliah peguam syarie? Dan di mana nak mohon tauliah ye?
ReplyDeleteSyarat minimum A untuk SPM berapa?matapelajaran apa yang perlu diskor?Sebab saya ambil bahagian Sains Agama..
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya ingon bertanya.. saya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang syariah kelulusan al azhar mesir, jadi apa step yang seterusnya yang boleh saya lakukan untuk masuk dalam bidang peguaman syarie ini. Mohon bantu saya
ReplyDeletesalam saya ingin bertanya, apakah beza daij dan dslp. pilihan yang mana yang lebih baik ?
ReplyDeleteMinimum SPM brp....... kalau saya ambil STAM xpa kan....dan macam mana kalau subjek bi drop di result SPM
ReplyDeleteYa boleh cm sya stam jgk..jd pkai result stam utk smbung degree syariah tpi tula skrg dh hbis degree cuma ntah la nk smbung ke tk dploma lnjutan guaman ni..mcam brminat jgk
ReplyDeleteserius ahh. syaa pun bru habis degree ni. tgh fikir nk smbung ke tak diploma nii. last mohon 31 ogos utk dijap. skrg ada kekangan kewangan je. awak lepasan syariah dan undang undang uni mana
Delete