Posts

Showing posts from December, 2021

CARA UNTUK MENJADI PEGUAM SYARIE- LALUAN KERJAYA PEGUAM SYARIE

Image
Assalamualaikum semua pembaca. Hari ini, suka untuk saya berkongsi berkenaan dengan LALUAN NAK JADI Peguam Syarie. Haa..bagi adik-adik yang tanya or minat nak jadi peguam syarie, meh sini akak cerita dekat korang.Ada adik-adik yang baru habis SPM yang berminat nak jadi peguam,tapi tak tahu nak sambung bidang apa kan... Jom kita berkenalan sikit ya. Selalunya kita dengar nama peguam sejak kecil kan. Dari sekolah rendah, kalau cikgu atau kawan-kawan tanya, kita ada dengar kawan kita beritahu dia nak jadi peguam aka lawyer.Tapi, bila meningkat dewasa, barulah saya tahu yang peguam ada pelbagai jenis. Seperti mana kerjaya doktor juga ada macam-macam jenis doktor kan, ada doktor gigi, doktor sakit puan, doktor pakar mata,jantung dan banyak lagi. Di Malaysia, pekerjaan peguam terbahagi kepada dua jenis. 1)Peguam Sivil 2)Peguam Syarie Tapi, saya nak share apa itu Peguam Syarie. mesti ada antara kalian tertanya-tanya apakah qualification (kelayakan) nak jadi peguam syarie kan..saya akan share ...